Isnin, 14 Mei 2012

mother...

hey guys!! first of all, jangan terkejut ye sebab aku post entry nie. i am using my mother's blog since i don't have one. sebab ape aku tetiba rajin nak menulis nie adalah kerana bebaru nie kan kita de sambut mother's day. well, banyak yang cakap sambutan tu haram, de yang cakap boleh sambut. For me, semua tu bergantung pada kepercayaan diri sendiri. lagipun, setiap hari kita celebrate mother's day kan??. So, the reason why aku tulis benda alah nie sebab aku nak share dengan korang pasal mak-mak aku. jangan terkejut ye. ayah aku tak amalkan poligami. hehehe... mak-mak aku tu mewakili makcik-makcik aku. ibu aku ade 9 orang adik beradik. ( nenek aku subur, sebab tu ramai anak ) 4 lelaki, 5 perempuan. yang 5 perempuan nie la mak-mak aku. kalau di kira, aku ade 7 ibu. jangan pelik..  5 orang adik beradik + nenek aku + bini pakcik aku. semua skali 7 orang. sebelum aku cerita pasal yang lain, aku nak nak cerita pasal ibu kandung aku. Dr.Norrashidah Hj Abdul Wahab. mungkin ramai yang da tahu, ibu aku meninggal dunia tahun lepas. mane yang tak tahu tu, kalau da tahu, diam-diam.. hehehe... entry nie bukan nak sedey-sedey ek..  ibu aku anak ke 7 dari 9 org adik beradik. my mom keje sebagai doktor di Hospital Serdang. she is not just a doctor but an excellent doctor. pernah la jugak aku tanya nape ibu nak jadi doktor. my mom cakap sebab dia nak tolong orang and make people happy.  sweet kan??? hehehehe.... my mom is a very special women. ibu aku tak pernah anggap dugaan yang tuhan bagi kat dia sebagai beban. ibu selalu cakap, masing-masing ade bahagian masing-masing. kita kene terima dan doa banyak2.aku rasa tak ramai orang yang macam tu. aku ingat lagi, time result SPM aku teruk giler2, aku rasa down tahap dewa la kan. yela. kakak aku pandai, aku hampeh. ibu aku cakap kat aku ,"  Ana, if you listen to Ibu, I am very sure that you will be successful in your future. Don't under estimate your specialty and talent. I know you have that potential in you, it is just a matter whether you realize it early or late. If you don't, you have to face it with courage and positive thought and remember Allah is always with you. You will determine your future. You have to learn to "tadbir" and Allah will fulfill your wish as you asked for. Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang." sayu je aku dengar dia cakap mcm nie. She always believe in me. ibu aku ade pendirian dia sendiri dalam mendidik anak-anak dan cara menguruskan keluarga. lain orang, lain cara nya. my  is an excellent doctor and i am not lying. aku cakap mcm nie bukan sebab dia mak aku tapi hakikat. sejak aku belajar kt KPTM KL, aku selalu la lunch dengan ibu aku kt hospital serdang. tapi selalu nye aku makan sorang2 sebab ibu aku sibuk layan patients and she never complain about it. kadang-kadang tu tak lunch langsung. ibu aku cakap, buat keje biar ikhlas. She love her job so much sampai kan dia patah kaki pun, dia sanggup datang naek wheel chair, pakai tongkat and stayed  kt ofis sampai pukul 11 malam. yet, she never complain sebab dia buat keje tak mengharapkan balasan. tu ibu aku. aku tak buat cerita, benda nie benar-benar kejadian sebab aku yg tukang tolak dia tetiap hari. sedih bila aku baca wall senior-senior aku yang da jadi doctor nie complain pasal keje, pasal patients, pasal on-call. aku mungkin tak faham keje doctor mcm mane. mungkin betul la kot keje diaorg susah.tapi kenapa nak jadi doctor kalau tak nak keje banyak? hehehe... ( jangan sentap ek.. ) ibu aku penah kene saman, surat layang, di fitnah and macam2 lagi la. try baca blog dia nie, u guys akan faham. tapi ibu aku chill je. dia cakap, jangan buat keje, mengharapkan balasan. orang tak suka, kita diam. orang suka, kita senyum. penah la aku tanya kan tak bosan ke jadi doktor nie, asyik kene marah dengan patients je. ibu aku cakap " orang datang mintak tolong, kita bantu. kalau dia tak suka, kita diam. lagipun, i am the doctor. his life is in my hand. hehehehe ." evil giler kan mak aku. hehehe... Ya Allah, i miss her so much.. ( ter sedey lak pulak ) tu la serba sedikit pasal ibu ak ( sikit ke?? ) yang kedua lak pasal nenek aku. dari kecik, aku memang dudk dengan nenek aku. mak aku keje kt johor. balik hujung minggu je. nenek aku nie memang orang minang sejati sebab kehidupan family aku memang penuh dengan adat. kalau tak ikut adat, she will kill u. nenek aku nie power kot. pe yg dia cakp, semua orang ikut. adat perpatih kan melebihkan anak perempuan, so orang perempuan lagi berkuasa kot?? every weekend, semua family akan berkumpul di rumah lenggeng a.ka. umah kampung la org panggil..  ade la sekali tu, cousin ak tak balik dalam 2 minggu. mengamuk nenek aku. ade ke patut dia cakap cousin aku tu da lupa jalan balik.. menusuk kalbu giler statement dia..xpayah tunggu hujung minggu beb, petang tu jugak kete dia da terpacak depan umah wa cakap lu.. power kan??? tiap2 pagi sebelum aku pergi kelas, dia akan dok depan umah, konon2 la nak babai aku nanti. ( kau ade??? ) nenek aku meninggal tahun lepas jugak. sunyi je rumah nie bila dia takde.  sob..sob.. bila nenek pergi, hidup aku rasa kosong je. bila ibu pergi, dia bawak semangat aku sekali. sape sangkakan, umur aku 20 tahun, ibu aku tinggalkan aku. tapi mak-mak yang lain, diaorg nie la yang selalu support aku. mak aku yg pertama ialah mak pilah. mak pilah anak perempuan pertama. perangai dia memangla macam nenek aku. tengok dia, ingt nenek aku. tgk nenek aku, igt dia. setiap pagi dia akan datang umah lenggeng, mandikan atok aku. mak pilah tak pernah complain pun unutk ape yg dia buat. aku pun tak rasa aku mampu buat mcm yg dia buat untuk atok aku. mak aku yg kedua mak pucu. mak pucu dudk kt penang. dia jarang balik tapi dia aktif ber FB. so selalu la comment2 kat wall dia. mak pucu jenis suka giler bergosip. hehehehe... and dia sangat la clumsy. yang nie pon 99% nenek aku. mungkin dia kakak kot sebab tu banyak sangat tumpah kuah nenek aku. hehehhe.. mak aku yang ketiga mak mah. dia nie ceti bank pembangunan. kitaorg slalu panggil dia ustazah norbayah sebab keagamaan dia gak tinggi berbanding yang lain. hehehhe..( mata keatas, tangan di bahu ) aku respect sangat dengan dia sebab dia telah membuka pintu hati aku ( yg da lama tertutup ) supaya tak kira ape pun yang berlaku kt kita, satu benda je yg kita kene buat. berdoa. sebab bila kita berdoa, hati kita tenang, bila hati tenang, senang je hadapi semua tu( perhh!!! macam ustazah lak ) and betul kot. kadang2 diri kita nie perlu di ingtkan. mak aku yg ke empat mak ano. dia nie anak yg paling last sekali.dia sangat la gedix and drama queen. kalau dia karaoke, perh!!! lu dapat rasa perasaan dia beb!! hehehehe...menusuk kalbu!!  sejak ibu aku meninggal, aku ngan iya become her priority. kesian mak ano sebab yela. single, unmarried, tetiba dia kene jaga kitorg. she never complain but i know she miss ibu and nenek. we all do. mak aku yang last sekali ibumaktan. jangan di tanya kenapa panggil macam tu. aku malas nak citer. ibumaktan nie bini pakcik aku, abang kepada mak-mak aku. dia sama2 jaga aku time aku kecik dulu. selalu je lepak umah dia kt seremban 2. anak dia de kedai kek.. sedap kot ( tak puji, dia marah.. hehehe ) so, nie la serba banyak pasal mak-mak aku. hehehhee... awesome kan???? 

5 ulasan:

  1. anaaaaa....u makeme cry!!!!!!! terperanjat coz tetibe ade update dlm blog ni...
    u n iya are very strong...kagummmm...=p

    BalasPadam
  2. sapo yang nenek sound tu ana? eden ko? lupo dah...hahahaha

    BalasPadam
  3. Atototototoo so sweet :-) nice one kak ana

    BalasPadam
  4. sape yang kuat gossip ni... kalau takada angin masakan pohon bergoyang....-mak pucu-

    BalasPadam
  5. ur mum is a very great teacher. seriously, i'm one of her student from CUCMS, 2nd batch, although I graduate as a doctor but I did not continuing my housemanship. Reason? I seek for ur mum's advice and told her personally that I want to choose a better path for myself and in the future, will benefit other people too. She is one of the person who said, "Go on, I trust u, please do ur best."

    Me, my wife and my friends will always remember her. Best regards to ur family.

    BalasPadam